Powered By Blogger

PENGARUH ISLAM DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA DARI SUDUT PERLEMBAGAAN, PENDIDIKAN, KEBUDAYAAN DAN BAHASA, PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM DI MALAYSIA PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM






PENDAHULUAN
Perkembangan agama dan umat Islam di Malaysia telah melalui sejarah yang sangat panjang. Sarjana tempatan mengandaikan kedatangan agama Islam ke alam Melayu sudahpun bermula sejak abad pertama Hijrah lagi. Agama Islam telah mengubah akidah masyarakat Melayu dari dunia kekufuran kepada mempercayai dan menyembah Allah Yang Maha Esa.  Ajaran Islam juga telah membina jati diri Melayu sehingga berjaya membentuk kerajaan dan kemuncaknya Kerajaan Melayu Melaka mampu melakar sejarah yang agung di arena tempatan dan antara bangsa pada abad ke-15Masihi.  Ajaran Islam jugalah yang menjadi benteng kepada bangsa Melayu menangkis dan mendepani pengaruh barat pada era kolonial.Gerakan islah cuba membentuk semula masyarakat Islam dengan acuan Islam sebenar untuk membentuk masyarakat Islam yang kuat.  Dengan semangat Islam inilah lah masyarakat Melayu di Malaysia bangkit menentang penjajahan barat dan memperjuangkan kemerdekaan daripada British pada abad ke-20M.
Dalam Perlembagaan Malaysia diperuntukkan bahawa agama Islam merupakan agama persekutuan menunjukkan ajaran Islam mempunyai kedudukan yang penting dalam kalangan penduduk Tanah Melayu.   Selepas negara menikmati kemerdekaan, pemimpin-pemimpin Malaysia diiktiraf oleh dunia Islam sebagai pemimpin contoh yang melakar sejarah Malaysia merdeka dengan cemerlang. Pencapaian penduduk Malaysia sama ada dalam aspek pendidikan, ekonomi, pembangunan dan sebagainya menjadi contoh kepada dunia Islam.  Keamanan dan keharmonian negara Malaysia menjadi contoh terbaik masyarakat berbilang bangsa dan agama hidup bersama memaju kemajuan negara.
Sejarah yang diharungi oleh umat Islam di Malaysia mesti dihayati dan difahami sepenuhnya oleh generasi muda untuk membina Malaysia yang sentiasa aman, makmur dan membangun selari dengan perkembangan semasa. Semua sejarah yang telah berlaku semestinya dijadikan pengajaran dan pedoman
Islam adalah agama universal yang datang dari Allah SWT untuk semua manusia. Ia memberi sinar kepada manusia dalam mencorakkan tamadun ke arah kesempurnaan berdasarkan panduan wahyu Ilahi, di samping tidak mengetepikan peranan akal manusia. Sinar Islam turut dirasai oleh penduduk di rantau Alam Melayu apabila bermula usaha menyebarkan Islam. Usaha ini membuahkan hasil yang dapat disaksikan hingga hari ini kerana tugas penyebaran Islam dipertanggungjawabkan kepada setiap umat Islam, tanpa mengira bangsa, warna kulit, keturunan dan jawatan. Justeru itu, kini umat Islam berada di serata dunia dan terdiri dari pelbagai bangsa dan warna kulit.
Keberadaan Islam di rantau Alam Melayu yang terdiri dari daratan dan kepulauan yang banyak jumlahnya telah berjaya membina satu imej baru kepada masyarakat rantau Melayu. Alam Melayu berjaya menampilkan sebuah tamadun yang gemilang terutama setelah kedatangan Islam ke rantau ini. Umat Melayu berjaya membina kecemerlangan dan kegemilangan dalam pelbagai bidang yang dimulai dengan keagungan pemerintahan, pelaksanaan undang-undang, kesungguhan pendidikan, kerancakan ekonomi dan kemurnian budaya serta sosial. Kejayaan ini berjaya dibina oleh generasi awal berasaskan fahaman agama Islam yang berteras tauhid. Bukti kejayaan tamadun dihuraikan pada perincian bab ini. Walaupun kejayaan yang dibina berdasarkan pencapaian dan kepintaran zaman tersebut yang banyak bergantung kepada bahan alam yang tidak terlalu kompleks teknologi penciptaannya, masyarakat Melayu tetap bergerak aktif dan mampu berinteraksi dan bersaing dengan bangsa Asia lain seperti bangsa Cina dan India. Umat Melayu mampu membina satu jati diri bangsa yang disegani dan menjadi contoh teladan.

KONSEP TAMADUN MELAYU
Tamadun melayu teras tamadun Malaysia, berlatar belakangkan lembaran sejarah Tamadun Melayu wajar menjadi landasan kepada pembentukan Tamadun Malaysia. Tamadun yang dibentuk berasaskan kepada nilai keagamaan, nilai keunggulan identiti diri, nilai seni dan budaya dan nilai politik dan perundangan. Asas nilai ini mempunyai peranan yang penting dan menjadi teras pembinaan tamadun Malaysia. Asas tersebut juga menjadi corak kepada rangka kerja pembinaan ketamadunan Malaysia.
Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara. Wilayah ini dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu, gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi. Sebelum Perang Dunia II, kawasan ini dirujuk sebagai Asia of the Monsoons, East Indies dan juga Further India atau Hindia Jauh.
Tamadun Malaysia sebelum kedatangan Islam, menerima lebih pengaruh yang berasaskan  kepada kepercayaan unsur ajaran hinduisme, animisme, buddhisme, dinammisme, hyang, premis dan lain-lain. Namun, setelah perkembangan Tamadun Islam sedunia, Malaysia tidak terkecuali dalam mengikut ajaran Sunnah yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad dan cara hidup rakyat Malaysia sejak 12 Masihi lagi telah terbukti adalah berpaksikan kepada ajaran Islam.
      Terdapat pelbagai teori yang telah dikaitkan dengan perkembangan ketamadunan Islam di Malaysia, antaranya adalah teori kedatangan Islam daripada Arab, Cina dan India. Professor C.A. Majul menyatakan bahawa penguasaan pedang dari Arab yang telah memonopoli perdagangan di rantau India, Mesir dan Asia Tenggara bertanggungjawab ke atas penyebaran Islam di Alam Melayu dan Asia. Antara kesan yang masih wujud pada hari ini adalah seperti nama-nama hari yang telah diadaptasikan penggunaan dalam Bahasa Melayu seperti Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan sebagainya juga asalnya daripada perkataan Arab.
      Manakala Professor S.Q Fatimi pula berpendapat bahawa penyebaran Islam sehingga membawa ketamadunan di Malaysia berpunca dari negeri China. Menurut beliau, pada 876 Masihi terdapat perpindahan beramai-ramai orang Islam dari Canton akibat berlakunya pemberontakan. Dan orang-orang Islam tersebut terpaksa merantau sehingga ke nusantara. Hubungan diplomatik Malaysia dengan China yang telah lama terjalin juga, secara tidak langsung, mendorong kepada penyebaran Islam di Malaysia, tambahan pula, agama Islam telah lama dianuti oleh masyarakat China.  Terdapat beberapa kesan yang visibel terdapat di Malaysia yang menyokong pendapat Prof. S.Q Fatimi. Contohnya seperti senibina masjid yang berbentuk seperti pagoda, iaitu corak senibina utama kaum China, yang terdapat di Melaka dan sekitar kepulauan Jawa. Tembikar bertulisan khat Al-Quran juga menjadi bukti kukuh yang menyokong kedatangan Islam ke Alam Melayu dan Malaysia adalah menerusi orang Cina.
      Tidak terkecuali juga sebahagian besar tokkoh yang menyatakan bahawa Islam dibawa ke Malaysia dari negara India. Berdasarkan teori tersebut, pedadang India yang beragama Islam berdagang ke kepulauan Melayu turut menyebarkan agama Islam kepada masyarakat tempatan.  Antara kesan yang menunjukkan bahawa Islam di Malaysia datangnya dari India adalah bilangan India Muslim yang tidak kurang jumlahnya di Malaysia ini, dan juga mazhab yang dianuti oleh muslim di nusantara secara amnya, adalah sama dengan mazhab yang dianuti oleh majoriti Islam di India, kesusteraan Melayu juga menampakkan unsur tradisi Islam di India.
      Perkembangan pesat Islam di Malaysia adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor utama yang tidak dapat disangkal oleh mana-mana pihak adalah kesucian, kemurnian serta keagungan Islam itu sendiri.


KONSEP TAMADUN ISLAM
Sains adalah ilmu pengetahuan yang teratur dan dapat dibuktikan kebenarannya. manakala teknologi adalah ilmu tentang cara mencipta barang-barang dalam perusahaan. Menurut Everett Mendelsohn,
“Sains ialah kegiatan saling bertindak manusia. Oleh itu ia adalah suatu aktiviti sosial.  Pengetahuannya ,kenyataanya, disuburkan dan dikongsi dikalangan kelompok manusia. Oleh itu, pada dasarnyapengetahuan saintifik adalah pengetahuan sosial. Sebagai aktiviti sosial, nyata sekali bahawa sains adalah hasil sejarah dan proses yang terjadi menurut masa dan tempat yang melibatkan manusia sebagai pelakon. Para pelakon ini bukan sahaja berperanan dalam sains tetapi dalam masyarakat yang lebih luas, di mana mereka adalah sebahagian daripadanya. ”
Sejarah dan perkembangan sains dalam Islam sebenarnya orang Islamlah yang memberi sains sebagai bentuk yang boleh dikenali. Sebagaimana yang ditunjukkan oleh epistemologi Al-Ghazali dan Ibnu Khaldun, nilai dan prinsip akhlak memainkan peranan yang penting dalam usaha seseorang Islam itu menuntut ilmu. Tidak terdapat dwikotomi atau konflik antara Islam dan sains, tidak ada persamaan dalam sejarah Islam berhubung dengan perseteruan antara agama kristian yang telah diinstitusikan dengan sains. Islam seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad S.A.W menekankan penuntutan ilmu. Islam adalah satu sistem yang penuh. Ia adalah satu agama, kebudayaan dan tamadun sekaligus.
Sebagai satu sistem yang holistik ia menyentuh segenap kegiatan manusia. Etika dan nilai Islam meresap dalam semua kegiatan manusia. Oleh sebab itu Islam mempunyai perspektif yang tetap dari sudut falsafah,sosiologi dan metodologi tentang SAINS DAN TEKNOLOGI[3].

PERANAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Kedatangan Islam ke Malaysia telah banyak mencorak kehidupan masyarakat serantau. Salah satu kesannya kepada Malaysia sebagai sebuah Negara yang bermasyarakat majmuk adalah pada teras undang-undang, iaitu Perlembagaan Malaysia itu sendiri. Kenyaataan pengaruh Islam terhadap Malaysia jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 1, Perkara 3 mengenai Ugama bagi Persekutuan.
Contohnya Perkara 3(1): “Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.” Perkara tersebut bermaksud agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan, tetapi pada masa yang sama, sifat Islam yang mulia membentuk perlembagaan dan Negara Malaysia supaya mengizinkan hak-hak orang bukan Islam untuk mengamalkan agama  masing-masing. Peruntukan ini bukan sahaja mengakui agama Islam sebagai agama yang agong, tapi juga memberi ruang dan kebebasan kepada rakyat berbilang kaum untuk mengamalkan agama masing-masing di Negara ini. 
Selain daripada penetapan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, terdapat juga peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang telah menyatakan bahawa Yang Di-Pertuan Agong merupakan Ketua Agama di Malaysia dan kerajaan haruslah mengadakan peraturan mengenai hal ehwal agama Islam dan menubuhkan sebuah Majlis untuk memberi nasihat kepada Yang Di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubung kait dengan agama Islam. Perkara 3 (5), Perlembagaan Persekutuan: “Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang Di-Pertuan Agong hendaklah menjai Ketua Agama Islam dalam Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara berhubung dengan agama Islam.”
Manakala Perkara 12 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan bahawa : “Tiap-tiap kumpulan ugama adalah berhak menubuh dan menyenggara institusi-institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam ugama itu sendiri, dan tidaklah boleh ada pembezaan semata-mata oleh sebab ugama dalam mana-mana undang-undang berkaiatan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam ugama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.”

Dengan peruntukan-peruntukan Perkara 3 dan Perkara 12 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, boleh disimpulkan bahawa dasarnya agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan. Dengan itu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mempunya kuasa untuk menyelenggara dan menubuhkan kemudahan dan institusi Islam. Contoh penubuhan institusi Islam adalah seperti penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pembinaan surau-surau dan masjid-masjid di seluruh Negara untuk kemudahan rakyat melaksanakan aktiviti keagaamaan. Selain daripada itu, pihak Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan juga mempunyai hak istimewa untuk mengeluarkan perbelanjaan untuk tujuan membantu dan melaksanakan pengajaran agama Islam. Contohnya seperti penubuhan Sekolah Agama, PERKIM dan sebagainya.

 PERANAN DAN PENGARUH ISLAM TERHADAP PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Kedatangan Islam ke Malaysia telah membawa impak yang amat besar kepada pendidikan di Negara ini. Pengaruh Islam bukan sahaja boleh dilihat pada institusi pendidikan dan strukturnya seperti madrasah, sekolah agama, universiti teras Islam dan sebagainya di Negara ini, malah, juga boleh dilihat dari segi aspek ilmu yang diajar seperti ilmu syariah yang meliputi bidang seperti usuluddin, fiqah dan tasawuf, serta guru-guru dan murid-murid yang menuntut ilmu agama Islam, di mana guru-guru pada zaman kedatangan Islam di tanah Melayu kebanyakan terdiri daripada bangsa Arab, Turki, India dan sebagainya. Manakal murid-murid yang menuntut pula meliputi segenap lapisan masyarakat, dari raja-raja sehingga ke rakyat jelata. Berkat perkembangan pesat dan pengaruh mendalam agama Islam dari segi pendidikan di Tanah Melayu, maka lahirlah ulama berbangsa Melayu seperti Nuruddin al-Raniri  dengan kitabnya Hidayah al-Iman dan Sirat al-Mustaqim.
Sistem pendidikan Islam di Malaysia merangkumi pendidikan formal dan pendidikan tidak formal. Pendidikan formal adalah pendidikan yang didapati dari institusi pendidikan agama seperti sekolah, surau, madrasah dan sebagainya. Sistem pendidikan formal berasaskan bidang pengajian Islam sepeti fiqah, tafsir, sejarah Islam, tauhid dan akhlak.
Manakala pendidikan tidak formal pula adalah pengajaran yang berlaku secara langsung dalam kehidupan seharian seseorang muslim tersebut. Pendidikan jenis tidak formal ini merangkumi cara berfikir, amal, kercergasan muslim dalam bidang ekonomi dan sebagainya. Pendidikan tidak formal biasanya diberi secara lisan dan diwarisi turun temurun.

Empat pencapaian awal bidang pendidikan Islam di Malaysia adalah seperti berikut:
(i)            Kelahiran nashkah-naskhah Melayu. Naskhah-naskhah tersebut dicetak dalam tulisan Arab, iaitu bahasa al-Quran. Naskhah-naskhah tersebut merangkumi bukan sahaja bidang agama Islam, tetapi juga meliputi bidang pemerintahan, ilmu falak, kemasyarakatan dan sebagainya.

(ii)          Kewujudan institusi pendidikan agama Islam. Selaras dengan peruntukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah untuk menubuhkan institutsi pendidikan agama Islam bertujuan membangunkan umat Islam di Malaysia serta memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat untuk melihat luasnya bidang pengajian Islam dan pendidikan yang boleh didapati berteraskan Islam. Institusi pendidikan agama termasuklah istana, surau, masjid, madrasah, sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi Islam, pusat-pusat latihan dakwah, Institut Kemahiran Islam Malaysia, pembiayaan kerajaan untuk kelas-kelas fardhu ain dan sebagainya. Kewujudan institusi pendidikan agama Islam di Negara in yang bagai cendawan tumbuh adalah simbolik kepada kekuatan dan kedalam pengaruh Islam terhadap pendidikan di Negara ini.

(iii)         Kecenderungan sultan menguasai pendidikan Islam. Pasa asalnya, pendidikan agama Islam diberikan kepada sultan-sultan dan kerabat diraja di istana. Pengaruh Islam telah mendorong sultan untuk mengarahkan ulama-ulama Melayu dan ulama asing untuk bekerjasama menterjemahkan al-Quran kepada Bahasa Melayu. Usaha ini adalah untuk menerangkan lagi isi kandungan kitab suci tersebut serta memudahkan masyarakat Malaysia untuk merujuk al-Quran untuk setiap urusan dan permasalahan.

(iv)         Kemunculan golongan intelektual. Penyebaran luas agama Islam serta falsafah agama di rantau Melayu amnya dan Malaysia khasnya, telah berjaya melahirkan golongan intelektual yang terdiri daripada bangsa Melayu sendiri. Hal ini kerana pengajaran agama Islam itu sendiri yang syumul dan mudah, masyarakat Melayu lebih mudah menerima didikan agama Islam dan oleh kerana ciri-ciri unik agama Islam sendiri, telah mendorong masyarakat Melayu untuk berusaha sehingga lahirnya golongan intelektual tanah air sendiri. Dan golongan intelektual inilah yang menjadi tunjang kepada kemerdekaan dan pembangunan Negara. Pendidikan dan ajaran Islam juga telah menjadi rujukan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, malah di sekolah, tiada had dan paksaan bahawa hanya pelajar Islam sahaja yang boleh mempelajari ilmu tersebut. Maka tidak hairanlah apabila ada masyarakat bukan Islam yang mahir selok belok undang-undang Islam di Malaysia serta cara hidup orang Islam di Malaysia. Oleh kerana pengaruh dan peranan Islam dalam system pendidikan Malaysia, membolehkan masyarakat majmuk di Malaysia hidup dalam suasana yang harmoni kerana wujudnya persefahaman.

 PERANAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM KEBUDAYAAN MALAYSIA
Kebudayaan sesuatu masyarakat terdiri daripada beberapa aspek seperti: kesenian, adat istiadat, cara hidup dan juga nilai-nilai asas masyarakat tersebut. Begitu juga apabila menilai peranan dan pengaruh Islam dalam kebudayaan Malaysia, adalah lebih baik dinilai dari semua  segi dan aspek kebudayaan.

(i)            Kesenian
Pengaruh Islam terhadap aspek kesenian dan budaya Malaysia dapat dilihat pada perkembangan kaligrafi, pembinaan masjid, makam dan batu nisan. Contoh batu nisan terawal yang mempunyai nilai Islam adalah batu nisan Syeikh Abd al-Qadir bertarikh 903 di Kedah. Masjid di Malaysia pula mempunyai ciri-ciri Islamiah yang tidak ternilai keunikan serta kehalusan seni binaan Islam. Contohnya seperti mihrab, mimbar dan juga hiasan setiap sudut dalam masjid yang dihias dengan seni kaligrafi Islam yang dipetik daripada ayat-ayat suci al-Quran. Kedatangan Islam di Malaysia juga telah mencorakkan kesenian Negara ini dan menggabungkan kesenian bangsa-bangsa di Malaysia. Contohnya seperti pembinaan Masjid Kampung Hulu di Melaka yang senibina uniknya terbina dari gabungan kesenian Islam dan seni bina Cina.

(ii)          Adat Istiadat
Kedatangan Islam di Malaysia telah melengkapkan adat istiadat Malaysia yang memang kaya dengan intisari peradaban. Malah, Islam itu sendiri telah membentuk teras bagi identiti / status Melayu. Jika dirujuk kepada perlembagaan Malaysia, seseorang warga Negara Melayu adalah orang yang berbahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam. Agama Islam yang mencintakan kedamaian dan keharmonian juga membolehkan bangsa-bangsa lain di Negara ini untuk mengamalkan adat istiadat masing-masing tanpa merisaukan dikenakan tindakan atau hukuman. Selain daripada itu, pengaruh Islam juga boleh dilihat dari segi adat dan cara perkahwinan orang-orang Islam di Malaysia, kaum Melayu khasnya. Sebelum kedatangan Islam, orang-orang Melayu lebih mengamalkan cara dan adat Hindu, iaitu agama terawal yang telah diperkenalkan kepada rantau Melayu. Contoh budaya Hindu yang diamalkan seperti upacara menepung tawar pengantin pada kenduri kahwin. Penyerapan agama Islam telah mengubah kebanyakan orang Melayu di Malaysia dari segi adat perkahwinan, dan ramai yang sedar tentang kebertentangan adat menepung tawar dengan ajaran Islam, maka meninggalkan adat tersebut.

(iii)         Cara Hidup
Cara hidup masyarakat Malaysia sebelum menerima pengaruh dan penyerapan nilai Islam, kebanyakannya berasaskan kepada budaya asas ideology penjajah. Contohnya seperti perbezaan kelas sosial dalam masyarakat. Setelah kedatangan Islam, yang membawa nilai akidah yang tinggi, tembok kelas sosial dapat diruntuhkan dan masyarakat berbilang kaum dan kedudukan boleh berkumpul bersama. Islam telah memperkenalkan sistem khilafah yang adil dan bersistematik, di mana sistem ini adalah berkonsepkan keadilan tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Antara kesannya boleh dilihat melalui perlantikan perwakial Legislature (Perundangan) di Malaysia yang mengamalkan kebebasan dan hak pengundi. Setiap undian dikira dengan adil dan saksama dan rakyat diberi hak untuk memilih pemimpin masing-masing.

(iv)         Nilai-nilai Asas Masyarakat
Islam mempengaruhi nilai dan asas kehidupan segenap masyarakat di Malaysia. Antaranya adalah penerapan nilai-nilai keimanan yang dapat memperkukuhkan akhlak rakyat dalam Malaysia. Contohnya seperti ketakwaan dan keimanan kepada Allah swt., hormat dan taat kepada pemimpin, patuh kepada undang-undang, bermuafakat, meraikan tetamu, hormati orang yang lebih tua dan sebagainya. Sebelum kedatangan Islam, rakyat kebanyakannya hidup isolated iaitu terasing. Masing-masing mengamalkan cara hidup hasil teladan daripada asas adat dan budaya masing-masing. Namun, kedatangan Islam telah berjaya menyatupadukan rakyat dan penerapan nilai-nilai Islam dapat dihayati oleh semua warga Malaysia.

PERANAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM SISTEM BAHASA  DI MALAYSIA
Sebelum kedatangan Islam di Malaysia, bahasa dominan di Tanah Melayu adalah bahasa Jawab dan Melayu Kuno. Dan Bahasa Sanskrit pula telah dijadikan sebagai bahasa ilmu. Setelah kedatangan Islam di Malaysia, bahasa Arab telah dijadikan sebagai bahasa perantara. Manakala bahasa-bahasa Arab juga diadaptasi dan digunakan bersama-samaan dengan penggunaan bahasa Melayu di Malaysia. Contohnya seperti nama hari iaitu Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Jumaat dan sebagainya. Nama-nama benda juga banyak diadaptasi dari bahasa Arab, seperti kitab, surat dan sebagainya. Dan bahasa-bahasa ini bukan sahaja digunakan oleh umat Islam di Malaysia sahaja, malah telah dijadikan sebahagian daripada bahasa rasmi Negara, iaitu Bahasa Melayu yang ditutur oleh setiap lapisan masyarakat.

PENGHAYATAN PENGARUH ISLAM DALAM PEMBINAAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN MALAYSIA
Status agama Islam yang telah diangkat dan ditetapkan sebagai agama rasmi Persekutuan di Malaysia telah memberi impak kepada aplikasi Islam dalam pelbagai aspek kehidupan di Malaysia. Contohnya seperti bidang sosila, ekonomi, sistem politik dan pentadbiran, dan pendekatan Islam Hadhari yang telah diperkenalkan kepada setiap rakyat Malaysia. Bukan sahaja begitu, dari segi akidah,undang-undang serta sastera juga dapat dilihat kesan daripada pengaruh Islam di Malaysia.





                       Istana Kehakiman di Putrajaya yang berciri-cirikan seni bina Islam




KLCC – direka oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir yang juga berciri-cirikan Islam

KESIMPULAN
Dapat disimpulkan bahawa kedatangan Islam di Malaysia telah banyak mencorakkan bukan sahaja kehidupan umat Islam di Malaysia, tetapi juga rakyat bukan Islam di Malaysia. Hanya dengan mengimbau perkembangan tamadun di Malaysia dan peranan agama Islam di Malaysia itu sendiri dapat membantu seseorang muslim untuk mengenali identiti dirinya dengan lebih baik, dari aspek keagamaan dan kenegaraan.
Sebelum kedatangan Islam, tamadun Malaysia bermula dari asas yang rapuh dengan kepercayaan masing-masing yang terbina daripada elemen-elemen yang dicipta oleh menausia sendiri. Dan setelah dijajah oleh beberapa kuasa asing ke atas Tanah Melayu, menyukarkan lagi perpaduan dan penyusunan struktur tamadun di Malaysia. Dengan kedatangan Islam, Malaysia setelah merdeka telah beridentitikan Negara Islam, nilai-nilai Islam  telah diserapkan ke dalam seluruh aspek kehidupan masyarakat di Malaysia.
Dengan petunjuk dari agama Islam, Malaysia mampu membangun dengan pesat dan harmoni. Rakyatnya pula bertolak ansur dan sentiasa mengamalkan nilai muafakat dan saling hormat-menghormati hak orang lain. Dengan berteraskan Islam juga, hak dan kebebasan setiap kaum sentiasa terpelihara. Nilai yang murni ini berasas daripada agama Islam dan boleh dirujuk seperti dalam Perlembagaan, Perkara 8(1) yang memperuntukkan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Perkara 8(2) :” Tidak boleh ada pembezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama…”
Kesan pengaruh Islam di Malaysia bukan sahaja meliputi subjek yang luas, tetapi juga membolehkan Negara Malaysia sebuah Negara yang telah mendapat penghargaan dan penilaian sebagai sebuah Negara majmuk yang paling aman dan harmoni di dunia. Malah terdapat warga asing yang ingin menyelami akar umbi keharmonian tersebut, dan apabila menemui jawapannya, agama Islam lah teras pembangunan dan perpaduan di Malaysia.
Tamadun Islam membawa hanya kebaikan kepada pembangunan sesebuah Negara. Jika hendak memperkukuhan martabat dan tamadun Malaysia, haruslan berpaksikan kepada ajaran agama Islam dan nilai-nilai Islam itu sendiri.
Tidak diragui lagi bahawa ahli sains Islam banyak mempelopori bidang – bidang sains dan teknologi dan ia kekal hingga kehari ini. Mereka berjaya membuktikan bahawa pembangunan material yang bergerak seiring dengan pembangunan nilai yang selaras dengan kehendak Islam telah berjaya membawa manusia kearah kesejahteraan hidup dan kebahagiaan akhirat.
Mutakhir ini kita dapat melihat dengan jelas ketidakseimbangan yang berlaku dan bagaimana manusia hidup dengan sifat dengki, menindas, ganas, rakus dan tidak berperikemanusiaan.
Sebagai satu agama yang hadir dengan matlamat membawa manusia kearah kebaikan dan diredhai Allah S.W.T maka dunia Islam perlu mencipta semula ciri zaman Keemasan yang merangkumi kesejagatan, toleran, hormat kepada sains dan ahli sains, kesatuan matlamat dan cara sains dan iklim yang tidak membataskan pergerakkan –pergerakan ahli sains, teknologi dan hasil mereka dikalangan Ummah secara bebas.
Sabda Rasullullah:
“Hari-hari kebelakangan Ummah ini akan dapat akan dapat diperbaiki cuma dengan apa yang diperbaikinya pada hari permulaannya.

 RUJUKAN
Modul pembelajaran CTU 151: Pemikiran dan Tamadun Islam, InED, UiTM
Malaysia Sebagai Sebuah Negara Islam, terbitan IKIM,2005
Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros, Buku Teks Tamdun Islam dan Tamadun Asia, Oxford Fajar, 2009
Pengantar Tamadun & Sejarah Pemikiran Islam, UiTM
http://en.wikipedia.org/
Abdul Rahman Hj Abdullah. 2006. Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional. Shah Alam: karisma Publications.
Mahayudin Haji Yahya. 1998. Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.